Ketidakpastian Brexit Kembali, Pound Diniagakan Lemah Selepas Pilihan Raya Berakhir

184

Dagangan awal sesi Eropah memaparkan matawang pound merosot melebihi 1% berbanding dolar USD, dan telah melenyapkan keuntungan yang diraih selepas kemenangan majoriti Parti Konservatif dalam pilihan raya pada minggu lalu.

Ketidakpastian Brexit kembali tercetus selepas tindakan Perdana Menteri UK Boris Johnson untuk tidak melanjutkan tempoh peralihan Brexit yang akan berakhir pada 31 Disember 2020 telah menimbulkan kebimbangan di kalangan pelabur.

Ini kerana, dalam tempoh 11 bulan tersebut, UK dan Kesatuan Eropah (EU) akan berunding mengenai perjanjian perdagangan yang pada mata kasarnya dilihat mustahil untuk diselesaikan dalam tempoh itu.

Sekiranya perjanjian tidak dapat dicapai dalam tempoh tersebut, PM Johnson mungkin meneruskan niatnya untuk keluar daripada EU sepenuhnya tanpa perjanjian perdagangan dan kemudiannya terikat kepada terma perdagangan di bawah World Trade Organisation (WTO) yang pastinya lebih rumit.

Kelemahan pound sterling telah mengangkat dagangan euro untuk diniagakan lebih tinggi daripada matawang itu dengan peningkatan lebih 1%.

Dagangan dolar Australia terus menerima tekanan dengan diniagakan menyusut 0.5% berbanding US dolar susulan laporan minit mesyuarat oleh Reserve Bank of Australia menunjukkan isyarat akan melakukan pelonggaran dasar monetari selepas bank pusat itu menyatakan akan menilai semula prospek ekonomi pada Februari 2020.

Kejatuhan dalam matawang dolar Aussie dan pound telah menyokong pengukuhan dolar USD untuk diiniagakan lebih tinggi berbanding enam matawang utama dengan indeks dolar meningkat sebanyak 0.22% pada sesi Eropah.

Tumpuan kini terarah perkembangan lanjut dalam perjanjian dagang Amerika Syarikat dan China yang pada umumnya sudah mencapai kesepakatan bersama, tetapi disebabkan kekurangan maklumat mengenainya, pasaran kekal berwaspada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat