Ketidakpastian Brexit Terus Meningkat, Dagangan Safe Haven Jadi Tumpuan Pasaran!

448

Pasaran pertukaran asing dilihat suram dengan ketidakpastian Brexit dan rundingan perdagangan AS-China yang berlegar di pasaran, sementara tumpuan turut terarah kepada mesyuarat bank pusat Sweden, Norway dan Zon Eropah pada Khamis.

Ketidakpastian yang semakin meningkat telah menghantar matawang pound terus jatuh pada sesi Eropah selepas parlimen British mengundi untuk meluluskan perjanjian pengeluaran tetapi menolak jadual yang dicadangkan untuk meneliti undang-undang perjanjian dalam masa tiga hari.

PM UK Boris Johnson kini kelihatan bersedia untuk mengadakan pilihan raya sebelum Krismas, jika EU memutuskan untuk pelanjutan tarikh Brexit sehingga tiga bulan dan mengabaikan pencubaannya untuk mendapatkan pengesahan perjanjian.

Sementara itu, dagangan safe haven yen dan Swiss franc terus meraih keuntungan apabila pelabur mencari aset yang lebih selamat susulan perkembangan terbaru daripada Brexit yang menimbulkan kebimbangan terhadap keputusan yang diambil seterusnya oleh EU.

Matawang yen meningkat kepada 108.25 berbanding dolar manakala berbanding dolar Aussie, yen mengukuh sebanyak 0.5%.

Selain itu, Swiss franc turut meningkat kepada 1.1006 berbanding euro dan dagangan euro pula menyusut kepada $1.1120 berbanding USD menjelang mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari esok.

Mengikuti perkembangan dagangan komoditi pula, harga emas turut memperoleh manfaat daripada ketidakpastian dalam pasaran yang semakin meningkat dengan mengukuh menghampiri paras tertinggi pada $1500.

Di samping itu, harga minyak mentah Brent dan WTI AS masing-masing mencatat penyusutan lebih 1% kepada $59.08 dan $53.87. Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak berkata bahawa tiada cadangan yang dikemukakan untuk mengubah syarat-syarat perjanjian global untuk mengawal bekalan minyak yang telah dipersetujui oleh OPEC dan sekutunya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat