Ketidakpastian Terhadap Rundingan Dagang AS-China Kembali Merisikokan Pasaran

260

Sentimen berisiko kembali menyelubungi pasaran sehingga permulaan dagangan sesi Asia pada Rabu. Keraguan terhadap rundingan dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China menjadi faktor utama yang membimbangkan para pelabur.

Kementerian Luar China menampilkan kenyataan yang berbeza daripada komen optimis Presiden AS Donald Trump yang mengatakan China telah menghubungi Amerika untuk kembali ke meja rundingan. Sebaliknya, Kementerian Luar China menyatakan bahawa tidak menerima sebarang laporan berkenaan panggilan telefon tersebut.

Pelabur mula berwaspada dan pasaran kembali melihat aset safe-haven mula mendapat tumpuan oleh para pelabur dengan peningkatan dipamerkan pada matawang Yen terutamanya.

Dagangan dolar Euro kekal bergerak lemah menerima tekanan susulan laporan penguncupan pada pertumbuhan ekonomi di Jerman untuk suku kedua yang mencatatkan penurunan pada kadar 0.1% oleh bacaan yang diterbitkan semalam.

Ketidaktentuan politik di Itali juga turut menjadi faktor yang memberi tekanan terhadap dagangan Euro. Perbincangan terhadap pembentukan kerajaan baru sedang menjadi topik hangat di Itali.

Sebaliknya, matawang Pound Sterling pula berjaya mengekalkan pengukuhan sejak lonjakan minggu lalu. Pengukuhan Sterling didorong oleh keyakinan para pelabur terhadap usaha dari ahli-ahli parlimen pembangkang yang sedang merancang strategi untuk menghalang situasi Brexit tanpa perjanjian PM Johnson.

Ketua Parti Buruh, Jeremy Corbyn menyatakan bahawa keutamaan adalah terhadap usaha ahli-ahli parlimen untuk menggunakan undang-undang untuk mengelakkan situasi no-deal Brexit. Laporan tersebut telah menjadi faktor mendorong kenaikan pada dagangan GBP.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat