Ketidaktentuan Brexit Mengganggu Pelaburan Perniagaan – Hammond

36

Amaun besar pelaburan perniagaan telah ditangguhkan kerana ketidaktentuan terhadap masa depan rundingan Brexit, oleh itu Britain harus berusaha menunjukkan masa depan yang lebih jelas secepat mungkin, kata menteri kewangan Philip Hammond.

“Kita akan lebih lega jika dapat perjanjian awal terhadap transisi situasi Britain bersama Kesatuan Eropah,” kata Hammond kepada Sky News pada Khamis.

“Terdapat amaun besar pelaburan perniagaan yang ditangguhkan sehingga mereka dapat melihat lebih jelas hasil daripada rundingan ini. Semakin cepat kita dapat memastikan perkara ini, semakin pantas juga kita mendapat pelaburan perniagaan,” kata beliau.

Hammond berkata, rakyat British mahu Brexit yang melindungi pekerjaan dan standard kehidupan mereka.

Apabila ditanya tentang tempoh jawatan Perdana Menteri, Hammond berkata Theresa May akan terus memegang jawatannya sehingga hujung tahun ini.

Masa depan Theresa May semakin kabur apabila tindakan mengadakan pilihanraya mengejut dianggap sebagai ‘perjudian’ di mana Konservatif kehilangan majoriti.

Ditanya oleh agensi berita BBC sama ada beliau percaya May akan terus menjadi Perdana Menteri sehingga 2018, Hammond menjawab: “Iya saya.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat