Ketidaktentuan Politik New Zealand Akan Berakhir Pada 7 Oktober

48

Ketua Parti New Zealand First, Winston Peters yang muncul sebagai penyelamat kepada ketidaktentuan politik yang berlaku selepas keputusan pilihan raya umum baru-baru ini berkata beliau tidak akan membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti sebelum pengumuman undian terakhir yang termasuk undian daripada antarabangsa pada 7 Oktober nanti.

Perdana Menteri Bill English daripada Parti Nasional berjaya memperoleh 58 daripada 120 buah kerusi yang dipertandingkan, manakala jumlah kerusi yang dimenangi oleh Parti Buruh dan Parti Green bersamaan 52 kerusi.

Hal ini menyebabkan kedua-dua belah pihak memerlukan sokongan daripada parti NZ First untuk mendapat sekurang-kurangnya 61 kerusi bagi membentuk kerajaan.

Kedua-dua ketua parti berkata mereka bersedia untuk berbincang dengan Winston Peters, ketua parti NZ First. Peters memberitahu wartawan di Wellington bahawa beliau terbuka dengan sebarang kebarangkalian dan akan berbincang dengan mereka sebelum “undian khas” yang termasuk undian daripada luar negara dengan jumlah 15 peratus daripada keselurhan undian, dikeluarkan pada 7 Oktober depan.

Matawang kiwi (NZD) melemah berbanding matawang utama yang lain sejak awal pembukaan pasaran minggu ini dengan NZD/USD telah jatuh melebihi 150 pips ke paras terendah 0.7166 daripada ketinggian 0.7325. NZD/USD kini didagang di paras 0.72035 pada jam 12.20 tengahhari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat