Ketidaktentuan Politik Penyebab Penangguhan Pelaburan Di Amerika Syarikat

37

Syarikat-syarikat di Amerika Syarikat seperti menangguhkan pelaburan perniagaan mereka disebabkan ketidaktentuan polisi kerajaan, kata Naib Pengerusi The Fed Stanley Fischer pada Isnin.

Bercakap di Rio de Jeneiro, Fischer berkata ketidaktentuan terhadap polisi kesihatan, regulasi, percukaian dan perdagangan boleh menyebabkan syarikat menangguhkan projek sehingga keadaan semakin jelas.

Trump dalam kempen pilihanraya sebelum ini telah berjajni untuk membuat perubahan polisi termasuk, polisi kesihatan, regulasi, percukaian dan perdagangan. Namun, setakat ini tidak banyak yang berubah kepada polisi pentadbiran Amerika Syarikat.

Satu sebab firma-firma mengurangkan pelaburan walaupun dengan kadar faedah yang rendah adalah disebabkan produktiviti pekerja yang semakin rendah, kata Fischer.

“Tetapi ketidaktentuan semakin tinggi, dalam politik dan ekonomi juga menjadi peranan dalam kejatuhan pelaburan semasa,” tambah beliau yang juga bekas pensyarah kepada Ben Bernanke dan Mario Draghi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat