Russia baru-baru ini telah menyatakan kesediaannya untuk membuka meja bulat dalam gencatan senjata dengan bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, meskipun ketegangan dalam peperangan terus marak.
Menurut laporan, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov mengesahkan bahawa Putin telah menyatakan keterbukaan untuk rundingan, namun pegawai-pegawai Barat masih berada di zon berjaga-jaga.
Ketika pencerobohan Rusia memasuki hari ke-1,000, semua fokus masih tertumpu pada rancangan dalam memperkukuhkan kedudukan di medan perang, terutamanya di timur Ukraine.
Tawaran Putin muncul ketika Rusia yang semakin intensif dalam meluncurkan serangan, sementara kedutaan NATO di Kyiv bersiap sedia menghadapi serangan udara.
Rundingan mungkin melibatkan pembahagian wilayah yang dipertikaikan seperti Donetsk dan Kherson, tetapi Putin bertegas agar Ukraine menghentikan angan-angan untuk menyertai NATO dan menyerahkan wilayah tersebut.
Dengan Trump yang akan memegang jawatan, Kyiv dan Moscow bersiap untuk perubahan sokongan AS yang mungkin berlaku.
Trump berjanji untuk bertindak dengan pantas, tetapi pendiriannya masih tidak jelas.
Sementara itu, peperangan nuklear yang dirancang oleh Rusia semakin agresif, meruntuhkan tembok harapan untuk keamanan ini dicapai dengan segera.