Keuntungan Emas Lesap Begitu Sahaja!

360

Kebahagian pelabur emas tidak bertahan lama selepas logam berharga itu tergelincir parah selepas Federal Reserve (Fed) mengatakan ia akan meneruskan kenaikan kadar faedah pada tahun depan.

Ketika sesi Asia, emas didagangkan stabil pada sekitar harga $1,780 per auns setelah kecundang dari paras tertinggi 6 bulan yang dicapainya pada Selasa $1,824 per auns kepada $1,773 per auns pada Khamis.

Bank pusat AS menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas seperti yang dijangkakan, namun kenyataan Pengerusi Jerome Powell bahawa kadar faedah akan kekal lebih tinggi dalam tempoh yang lama telah mendorong junaman emas.

Ujar beliau, walaupun data inflasi baru-baru ini menunjukkan penurunan, tetapi Fed memerlukan lebih banyak bukti untuk memberi keyakinan bahawa ia berada pada laluan menurun yang berterusan.

Hal ini sekali gus menyokong dagangan US dolar untuk kembali bangkit dan logam kuning emas pula memadamkan keuntungan yang diraih ketika data inflasi Amerika Syarikat dikeluarkan.

Sementara itu, bank-bank pusat di Eropah pada Khamis turut mengikuti Fed dalam memperlahankan kenaikan kadar faedahtdan menawarkan mesej yang sama bahawa mereka akan meneruskan pengetatan dasar walaupun prestasi ekonomi merosot.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat