Keuntungan Operasi Samsung Dijangka Jatuh Lebih 50%?

587

Syarikat gergasi teknologi Korea Selatan, Samsung Electronics Co Ltd pada hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa keuntungan operasi syarikat Samsung berkemungkinan akan jatuh sebanyak 56% pada suku tahun keduan iaitu April – Jun.

Berdasarkan laporan difailkan di bursa saham tempatan yang dikeluarkan pada hari ini, Samsung menjangkakan keuntungan sebanyak $5.56 juta berbanding tahun lalu iaitu $13.3 juta dalam tempoh yang sama. Manakala hasil dijangka merosot 4% berbanding tahun lepas.

Pasaran saham semi-konduktor Samsung berada dalam keadaan mendatar. Bukan itu sahaja, Cip memori DRAM dan NAND yang dihasilkan juga mengalami kejatuhan harga pada bulan lepas. Ditambah pula, pelanggan terbesar Samsung, Huawei juga dihimpit dengan tekanan berikutan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), memburukkan lagi keadaan menyebabkan lebihan bekalan dan penurunan harga dan penghantaran cip.

Pasaran saham Samsung jatuh sebanyak 1% pada awal pembukaan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat