Keyakinan Pelabur Goyah, USD Tergelincir Sementara Tunggu NFP!

338

US dolar tergelincir selepas data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat yang meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada minggu lepas.

Ia secara tidak langsung meredakan sedikit jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) mempercepatkan langkah kenaikan kadar faedahnya.

Meskipun begitu, bacaan terbaru ini tidak bermaksud pasaran buruh AS melemah, sebaliknya ia kekal kukuh dan laporan pekerjaan NFP pada malam ini akan menentukannya.

Ekonomi AS dijangka akan menambah sebanyak 224,000 pekerjaan pada bulan Februari, lebih perlahan daripada yang dicatatkan sebelum ini 517,000 pada Januari manakala kadar pengangguran pula kekal pada 3.4%.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan mata wang didagangkan sedikit rendah 105.15.

Mata wang euro dan pound terus memaparkan pemulihan daripada kejatuhan yang dialami sebelum ini, dengan memanfaatkan penyusutan US dolar.

Tumpuan buat pelabur mata wang pound disasarkan kepada terbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) UK pada sesi Eropah untuk bulan Januari.

Sementara itu, dolar Aussie dan New Zealand kekal berlegar sekitar paras terlemah bulanan berbanding dolar greenback.

Dolar Kanada turut tergelincir lebih jauh ke paras terendah 5 bulan ketika pasaran mengalihkan fokus kepada keluaran data pekerjaan Kanada.

Di samping itu, dagangan yen sedikit meningkat menjelang mesyuarat polisi Bank of Japan (BOJ) pada hari ini.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat