Keyakinan Pengguna Terhadap Ekonomi di Britain Semakin Perlahan Selepas Brexit

46

Kadar inflasi di UK yang meningkat mendadak serta rundingan Brexit yang masih tiada kesudahan telah menurunkan keyakinan pengguna di Britain terhadap ekonomi pada tahun 2017.

Indeks keyakinan pengguna GfK telah sedikit berubah pada bulan ini dengan laporan isi rumah yang semakin susut. Angka ini tidak termasuk kejatuhan tajam pada bulan Julai kepada bacaan paling rendah dalam tempoh 4 tahun gara-gara undian keluar daripada Referendum Eropah.

Inflasi juga dijangka meningkat kepada 1.2 peratus pada bulan November dan dijangka mencapai 2.7 peratus tahun depan.

Menurut Ketua Pasaran Dinamik di GfK, rundingan Brexit, penurunan dalam nilai sterling serta prospek inflasi yang lebih tinggi ini akan mendatangkan lebih tekanan buat ekonomi Britain pada tahun yang akan datang.

Sumber : Bloomberg

Dalam laporan berasingan, Persekutuan Industri British mengumumkan bahawa pertumbuhan sektor swasta semakin mengukuh selepas Brexit. Prospek perniagaan pada suku akan datang juga dinilai baik namun kejatuhan Pound dikhuatiri akan meningkatkan kos import. Jadi CBI menjangkakan 2017 merupakan tahun yang sedikit perlahan dari yang pernah dicapai sebelum ini.

US Dollar Berpotensi Mengekalkan Trend Bullish Walaupun Pasaran Bakal Berehat Sempena Krismas

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat