Khabar Buruk Untuk XRP, SWIFT GO Mula Jadi Pilihan Alternatif Pengguna!

2,801

Tujuh bank global utama mengumumkan bahawa mereka telah mula menggunakan SWIFT Go, perkhidmatan baru sistem pesanan antara bank yang menawarkan perkhidmatan pembayaran rentas sempadan pada kos rendah. Sebahagian berpendapat bahawa ia dapat menggugat perkhidmatan yang ditawarkan oleh Ripple.

BBVA, BNY Mellon, DNB, MYBank, Sberbank, Societe Generale dan UniCredit adalah tujuh bank yang menggunakan SWIFT Go berdasarkan pengumuman pada hari Selasa. Perkhidmatan ini direka untuk membolehkan perniagaan dan pengguna melakukan transaksi dalam waktu yang sangat pantas dan selamat dari akaun bank mereka. Selain itu, kos yang rendah juga menjadi satu kelebihan yang ditawarkan.

Rangkaian global SWIFT menghubungkan bank dan institusi kewangan lain untuk pembayaran rentas sempadan dan menghubungkan lebih daripada 11,000 institusi. Pada bulan Jun sahaja, SWIFT telah menghantar lebih daripada 350 juta mesej yang mengandungi maklumat kewangan.

Justeru tidak hairan, SWIFT Go dilihat sebagai satu alternatif yang dapat memberi saingan sengit kepada sistem transaksi yang disediakan oleh Ripple. Setakat ini enam bank utama telah memberi sokongan dan pengesahan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan Swift Go.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat