Khazanah Nasional Bhd berjaya mengumpul RM5.48 bilion tahun ini meskipun terpalit dengan kontroversi Fashion Valet.
Pendapatan ini diperoleh hasil pengurusan strategik saham yang menghasilkan aliran tunai melalui dividen serta penjualan saham pada waktu yang tepat.
Sebanyak RM2.8 bilion daripada jumlah tersebut diperoleh melalui dividen dari lapan syarikat utama, dengan penyumbang terbesar adalah CIMB Group Holdings Bhd yang menyumbang RM1.25 bilion, mewakili lebih 40% daripada keseluruhan dividen Khazanah dari Januari hingga Oktober.
Syarikat besar lain seperti Tenaga Nasional Bhd, Axiata Group Bhd, IHH Healthcare Bhd, dan Telekom Malaysia Bhd juga menyumbang kepada jumlah dividen ini.
Selain dividen, Khazanah turut meraih keuntungan besar melalui jualan sebahagian sahamnya seperti Tenaga bernilai 118 juta dan memperoleh RM1.46 bilion, dan melepaskan 143 juta saham dalam CIMB dengan nilai RM911.69 juta.
Selain itu, TIME dotCom Bhd turut menyumbang RM305.99 juta melalui penjualan 3.35% pegangan saham.
Keuntungan daripada pelupusan saham ini telah meningkatkan rizab tunai Khazanah kepada RM13.86 bilion.
Dana ini telah membayar dividen RM1 bilion kepada kerajaan persekutuan tahun ini, merancang untuk menggandakan jumlah tersebut kepada RM2 bilion pada 2025.