Kini Semua Orang Boleh Beli Rumah Dengan Diskaun 10%!

532

Beberapa inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) telah diatur oleh kerajaan bagi merancakkan semula pasaran hartanah tempatan, dalam usaha untuk menangani masalah ketidakmampuan rakyat terutamanya golongan belia untuk membeli rumah.

Antara inisiatif yang diperkenalkan adalah kempen pemilikan rumah (HOC) 2020. Pemaju perumahan memberikan pengecualian duti setem dan insentif kepada pembeli dalam bentuk potongan sekurang-kurangnya 10% daripada harga jualan rumah.

Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), had pembiayaan untuk pinjaman perumahan ketiga dan seterusnya bernilai RM600,000 ke atas dalam tempoh HOC 2020, tidak lagi akan dikenakan 70 peratus nilai rumah tetapi tertakluk kepada pengurusan risiko dalaman institusi kewangan.

Walau bagaimanapun, kementerian masih belum mempunyai sebarang maklumat jelas sama ada pandemik Covid-19 memberi kesan terhadap harga rumah.

Dalam perkembangan sama, KPKT memaklumkan terhadap pengurangan dalam urus niaga hartanah sebanyak 19% kepada 47,000 pada tahun ini berbanding 56,000 pada tahun lalu.

Jelas KPKT, pengurangan transaksi hartanah berlaku kerana pemaju perumahan tidak dapat menjalankan kempen penjualan, pendekatan pemasaran yang terhad dan pembeli dilihat berhati-hati dalam membuat komitmen kewangan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat