Kisah Kejayaan Pemuda Ini Boleh Mengejutkan Anda Dari Mimpi!

714

Sebahagian dari kita pasti tidak pernah sekali pun mendengar nama Aiithipat Kulapongvanich, kan? Tapi, peminat rumpai laut pasti familiar dengan brand seaweed dari Thailand, TaoKaenoi, bukan? Sama seperti Mark Zuckerberg yang mencipta nama di US, pemuda bernama Aitthipat Kulapongvanich ini melakar sejarah hidupnya yang tersendiri di Thailand.

Ketika hanya berumur 20 tahun, beliau mula menjual kepingan rumpai laut goreng ke seluruh kedai di Thailand. Walaupun beliau menjual snack tersebut lebih murah dari rumpai laut Jepun dan Korea, TaoKaeNoi menakluk hampir 80% pasaran di Thailand hanya beberapa bulan selepas dipasarkan. Beliau juga mula mengembangkan jualan beliau ke luar negara apabila mendapat keuntungan yang menggalakkan di Thailand.

Sangat mengejutkan apabila jualan beliau diterima dan dipasarkan ke hampir 20 buah negara termasuk Malaysia. Matlamat beliau ketika itu cuma satu, iaitu menjadikan TaoKaeNoi jenama snack rumpai laut No 1 di Asia untuk 5 tahun pertama. Matlamat jangka panjang Aiithipat pula menjadikan TaoKaeNoi sebagai brand yang dikenali di seluruh dunia!

Rumpai Laut
Tao Kae Noi

Selepas kira-kira 5 hingga 6 tahun dipasarkan, keuntungan beliau mencecah hampir 1 billion baht, atau bersamaan kira-kira RM1 billion. Sehingga kini, lihat sahaja di pasaraya-pasaraya besar mahupun rangkaian 7-Eleven diseluruh dunia, jenama ini masih bertahan dan diterima semua penggemar rumpai laut sejak 2004!

Jika tahu cerita disebalik kejayaan Aiithipat ini, nak tidur pun terasa mahu bangkit semula!

Sebenarnya ada sesuatu disebalik nama TaoKaeNoi sehingga mengubah hidup pemuda ini.

Nantikan sambungannya!

Kisah pengasas Subway ini juga mampu buat anda terinspirasi! Semoga bermanfaat!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat