KK Mart Mahu Luaskan Sayap Di India, Bakal Tubuhkan Platform E-dagang

553

Rangkaian pasar raya mini 24 jam, KK Super Mart berharap dapat membuka lebih banyak cawangan di India. Selain itu, berikutan dengan situasi terkini COVID-19, syarikat tersebut juga merancang untuk mengembangkan platform e-dagang bagi memudahkan para pengguna membeli barang keperluan produk secara atas talian talian.

Menurut pengasas KK Super Mart dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat KK, Datuk Seri Dr KK Chai berkata KK Super Mart akan meneruskan rancangan pengembangannya di India dengan membuka lebih banyak cawangan di negara tersebut pada masa akan datang selain 3 buah cawangan di bandar Kolkata, iaitu ibu negara India Bengal Barat.

Di samping itu, syarikat itu mendedahkan bahawa mereka telah pun melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di India, dengan mengedarkan barangan keperluan serta menyediakan makanan bagi golongan yang terjejas akibat COVID-19 di Kolkata.

Meskipun cawangan KK Mart di India tidak dapat beroperasi seperti biasa disebabkan oleh penularan wabak tersebut, syarikat itu terus memberikan ratusan bungkusan makanan pada setiap hari untuk membantu golongan yang memerlukan.

Tambahan daripada itu, mereka akan menubuhkan platform e-dagang untuk pengguna membeli dari pasar raya tanpa perlu meninggalkan rumah mereka. Selain itu, syarikat tersebut didakwa mencatatkan peningkatan pertumbuhan dalam tempoh masa yang pendek setelah Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan dan meramalkan bahawa permintaan untuk barang keperluan akan meningkat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat