KLCI Catat Aliran Negatif Berikutan Perang Dagangan AS dan China

149

Petunjuk utama penanda aras FBM KLCI jatuh ke lautan merah pada sesi dagangan awal pagi ini susulan daripada perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China semakin meruncing.

Pada 10 pagi, indeks dibuka rendah pada 1,593.78 iaitu susut 15.55 mata daripada 1,609.33 ketika ditutup Jumaat dengan jumlah dagangan 633.416 juta unit bernilai RM382.466 juta.

Terdahulu, penangguhan pelaksanaan tarif ke atas sebahagian barangan import China telah memberi harapan baru kepada dunia terhadap perang dagangan dijangka beransur pulih. Bagaimanapun, kenaikan tarif daripada 10% kepada 15% ke atas barangan import yang akan dilaksanakan mulai 1 September ini telah memusnahkan harapan tersebut.

Berikutan daripada keadaan ini, saham Asia terus merosot membawa pelabur kepada pelaburan yang selamat iaitu bon, emas dan mata wang Jepun, yen. Mata wang yuan juga susut berbanding dolar AS kepada 7.1710.

Nikkei Jepun susut 2.26%, Hang Seng Hong Kong turun 3.23% dan Indeks Komposit Shanghai rugi 3.27%.

Bagi pasaran tempatan, Ducth Lady dan BAT mendahului dengan masing-masing rugi 40 sen kepada RM63.90 dan RM20.70 bagaimanapun F&N naik 26 sen kepada RM35.76.

Selain itu, DRB-Hicom susut 24 sen kepada RM2.71, Tenaga dan Petronas Gas Bhd masing-masing turun 22 sen kepada RM13.54 dan RM15.78 serta Public Bank rugi 14 sen kepada RM20.68.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat