KLCI Catat Aliran Positif Untuk Dibuka Hari Ini

149

Penanda aras utama FBM KLCI kembali catat aliran positif pada sesi awal dagangan pagi ini di tengah-tengah sentimen berhati-hati dalam menunggu perkembangan rundingan dagangan AS dan China di samping prestasi pasaran Wall Street yang lebih kukuh pada dagangan semalaman.

Pada 9.25 pagi, KLCI menokok sebanyak 1.35 mata kepada 1591.17 daripada 1,589.82 ketika ditutup semalam dengan jumlah dagangan sebanyak 309.306 juta unit yang bernilai RM134.791 juta.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung 181 manakala kaunter rugi 160 dan 1635 kaunter tidak berubah.

Prestasi di bursa tempatan dipengaruhi pasaran Wall Street yang lebih kukuh berikutan berlaku kegiatan membeli saham berharga rendah, lapor Bernama. Bagaimanapun keadaan ini ternyata berbeza dengan pasaran serantau yang mengalami penyusutan.

Nikkei Jepun susut 0.47%, Han Seng Hong Kong turun 0.69% manakala Indeks Komposit Shanghai rendah 0.50%.

Di pasaran tempatan, antara saham yang peroleh keuntungan adalah Petronas Gas Bhd mendahului dengan kenaikan 26 sen kepada RM15.90, diikuti oleh Kuala Lumpur Kepong dan Petronas Dagangan masing-masing menokok 16 sen kepada RM23.64 dan RM22.

Selain itu, Hong Leong Bank naik 10 sen kepada RM16.36 manakala Maybank meningkat 5 sen kepada RM8.58. Telekom Malaysia pula susut 28 sen kepada RM3.80 dan Public Bank turun 8 sen kepada RM20.24.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat