Komen Harker, Harga Emas Naik Kembali Dalam Sesi Dagangan Asia.

62

Harga emas mengukuh pada hari Isnin dalam sesi dagangan Asia berikutan kenyataan Patrick Harker pada hari ini.

Harker mengutarakan pandangan beliau, bahawa beliau menjangkakan the Fed akan meningkatkan kadar faedah pada bulan hadapan dan 3x pada tahun hadapan, namun menurut beliau pergerakan untuk mencapai kadar faedah yang tinggi adalah perlahan.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX meningkat sebanyak 0.15% kepada $1,276.11 per auns setakat jam 11.50 pagi. Namun bacaan ini merupakan bacaan terendah sejak 7 November lalu.

Selain itu turut mendorong peningkatan harga emas ialah isu kepimpinan perdana menteri UK, Theresa May.

Pada minggu ini, US, UK, Zon Eropah dan Kanada dijangka akan mengeluakan data CPI iaitu yang merupakan salah satu ukuran bacaan inflasi bagi setiap negara .

Tumpuan pasaran juga terpacu pada rundingan komunikasi Bank Pusat yang akan dikelolakan oleh ECB. Barisan pengacara terdiri daripada ketua bank bank pusat Eropah, US, UK dan Jepun.

Pada minggu lepas, harga emas jatuh menjunam pada hari Jumaat berikutan ramai pelabur yang menjual tempahan emas disebabkan jangkaan pasaran terhadap minggu ini.

Harga emas mencapai paras tertinggi 3 minggu lalu pada hari Khamis akibat risiko geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah.

Ditambah pula dengan kesangsian pasaran terhadap pelan perlaksanaan reformasi cukai yang dinyatakan akan ditangguh sehingga tahun hadapan. Kesangsian ini bermula apabila laporan Washington Post melaporkan bahawa ketua Senat Republikan sedang menimbang penangguhan selama setahun implementasi pemotongan cukai korporat bagi mematuhi peraturan Senat.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain meningkat 0.13% setakat jam 11.50 pagi kepada 94.42.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat