Komen Steven Mnuchin Ini Menghancurkan Harapan Emas Dalam Sesi Asia!

35

Emas menjunam dalam sesi Asia pada Jumaat berikutan dagangan berhati-hati oleh pelabur berikutan komen daripada Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin yang mengharapkan rancangan cukai Donald Trump akan diluluskan pada bulan Ogos. Dasar ini juga dikatakan akan amat penting dalam menentukan keputusan Fed mengenai peningkatan kadar yang akan dilakukan pada tahun ini.

Emas di Comex New York Merchantile Exchange menjunam 0.12 peratus kepada $1,249.85 satu troy ounce. Dalam sesi ini juga, copper menunjukkan kenaikan sebanyak 0.57 peratus kepada $2.655 Pound sambil mengetepikan pertikaian pekerja yang berlaku di lombong utama Indonesia dan Chile.

Semalam, harga emas juga berlumba-lumba untuk berada di paras tertinggi dalam tempoh 15 minggu selepas mesyuarat FOMC baru-baru ini berlangsung dovish daripada apa yang dijangkakan oleh pasaran.

Emas memulakan dagangan semalam dengan dagangan yang kukuh kerana disokong oleh kejatuhan dalam US Dollar. Hal ini berikutan minit mesyuarat yang dikeluarkan pada Rabu lalu dikatakan menjejaskan sedikit harapan untuk jangkaan kenaikan kadar pada bulan Mac.

Emas merupakan logam yang agak sensitif terhadap pergerakan kadar kerana ia akan menjadikan logam ini lebih mahal untuk dimiliki.

Sentimen Terhadap Rancangan Pemotongan Cukai Trump Membantu Pengukuhan US Dollar!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat