Komen Trump, Lemahkan Dolar, Menolak Saham Asia Ke Atas

43

Saham di pasaran Asia meningkat pada hari Khamis, mengurangkan semula risiko yang menekan pasaran kewangan semalam selepas Presiden US, Donald Trump memberi ancaman untuk membubar kerajaan walaupun dolar baru mendapat kekuatan.

Indeks saham terbesar MSCI Asia-Pasifik di luar Jepun meningkat 0.05 peratus di awal dagangan setakat jam 9.33 pagi.

Nikkei Jepun pula susut 0.08 peratus berikutan yen semakin menguat.

Semalam, indeks saham US, Nasdaq dan S&P 500 tutup antara 0.3 peratus, manakala DOW 30 jatuh 0.4 peratus

Pada hari Selasa yang lalu, Trump menjelaskan beliau sanggup merisikokan kerajaannya untuk mendapatkan dana pembinaan tembok sempadan US-Mexico. Kenyataan tersebut dikeluarkan menjelang tarikth tamat untuk US tingkatkan siling hutang atau menanggung risiko pembayaran hutang mereka pada hujung September depan.

Fitch Ratings, agensi kredit rating di New York berkata, jika kerajaan US gagal untuk tingkatkan siling hutang pada masa yang sesuai akan mendorong mereka untuk mengkaji semula penarafan US, “berkemungkinan dengan implikasi yang negatif”.

Sementara dolar dapat menghalang daripada kerugian berterusan semalam, namun selepas kenyataan Trump pada awal pagi Asia menyebabkan dolar terus jatuh dan di tutup rendah pada sesi New York yang lepas.

Naeem Aslam, ketua analisis pasaran Think Markets mengatakan, “Trump sedang menggunakan helahnya untuk mendapatkan apa yang beliau nak, dan tidak pendulikan apakah kesan penutupan kerajaan US pada ekonomi. Apa yang beliau mahu adalah untuk membina tembok sempadan, iaitu apa yang telah beliau janjikan pada kempen pilihanraya yang dahulu”.

Selain, dolar turut ditekan selepas Trump mengancam untuk hentikan Dagangan Bebas Amerika Utara selepas tiga hari perbincangan yang tamat pada Ahad lepas, namun tidak dapat sebarang persetujuan. Perbincangan seterusnya akan diadakan pada bulan September dan akhir tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat