Komoditi Hitam Membuat Lonjakan Sederhana Menjelang Laporan Kiraan Pelantar

46

Harga minyak mentah membuat lonjakan sederhana dalam sesi ini pada Jumaat menghampiri paras $50 setong menjelang pengumuman data kiraan pelantar yang akan dikeluarkan.

Dagangan minyak mentah di NYMEX bagi penghantaran Jun meningkat sebanyak 0.85 peratus kepada $49.77 setong manakala minyak Brent  meningkat sebanyak 0.70 peratus kepada $52.88 setong.

Menurut angka yang dikeluarkan pada Jumaat lepas, firma Baker Hughes melaporkan bahawa jumlah pelantar meningkat sebanyak 9 pelantar bagi jumlah keseluruhan kepada 712 pelantar. Jumlah pelantar di AS telah mengalami kenaikan mingguan selama 17 minggu berturut-turut kepada tahap tertinggi semenjak Ogos 2015.

Semalam, niaga minyak mentah ditutup dengan lebih tinggi pada Khamis apabila pelabur menambah keyakinan bahawa OPEC akan mencapai persetujuan bagi melanjutkan perjanjian pembekuan bekalan.

Dalam dagangan yang tidak menentu, niaga minyak mentah bangkit daripada kejatuhan sebanyak 1 peratus terhadap prospek lanjutan bekalan.

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS pada Rabu melaporkan bahawa inventori minyak mentah menjunam sebanyak 1.75 juta tong pada minggu lepas buat kali keenam berturut-turut, namun masih berada di bawah jangkaan penurunan sebanyak 2.4 juta tong.

Dalam laporan bulanannya pada Khamis, OPEC menganggarkan bahawa pengeluaran oleh non-OPEC akan berkembang sebanyak 950,000 tong sehari.

Orang Kuat Trump Ini Percaya Bahawa Dasar Pembaharuan Cukai Dapat Diselesaikan Tahun Ini!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat