Orang Kuat Trump Ini Percaya Bahawa Dasar Pembaharuan Cukai Dapat Diselesaikan Tahun Ini!

65

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Steven Mnuchin berkata pada Khamis bahawa beliau percaya pentadbiran trump mampu untuk membuat pembaharuan cukai pada tahun ini.

Mnuchin berkata di persidangan pelaburan US Chamber of Commerce di Washington bahawa beliau menaruh keyakinan bahawa dasar tersebut dapat diselesaikan tahun ini.

Pada lewat April yang lepas, pentadbiran Trump telah menyediakan satu pelan pembaharuan cukai. Namun begitu, blueprint tersebut berdepan dengan halangan dalam mendapatkan kata sepakat oleh ahli Kongres.

Pelabur juga dilihat semakin meragui saiz dan skop pemotongan cukai yang diperlukan bagi meluluskan cadangan berkenaan.

Selain dasar cukai, pembaharuan dasar kesihatan Obamacare juga dilaporkan sedang dilaksanakan oleh Senat.

Namun begitu, kekacauan politik yang mengaitkan Presiden Donald Trump dan Russia dalam kempen pilihanraya Presiden baru-baru ini telah sedikit mengganggu agenda ekonomi yang bakal diketengahkan beliau di dalam pentadbiran.

Fed digesa Untuk Meneruskan Kenaikan Kadar! : Loretta Mester

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat