Komoditi Hitam Menguat Dengan Tawaran Saudi Ini

40

Harga minyak mentah melonjak naik hari ini diakibatkan tawaran Arab Saudi mahu mengurangkan pengeluaran komoditi itu.

Harga minyak mentah melonjak ke paras tertinggi sejak 2 minggu iaitu pada paras harga $48.05, tertinggi sejak 13 September.

Harga yang melonjak naik ini adalah disebabkan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan mahu mengurangkan pengeluaran minyak mentah jika Iran juga bersetuju untuk mengambil langkah yang sama.

Harapan agar adanya pembekuan pengeluaran minyak mentah sangat tinggi oleh pasaran semasa pertemuan ahli OPEC dengan bukan OPEC pada 26-28 September nanti.

Komoditi hitam ini juga menguat setelah laporan daripada inventori turun sebanyak 6.2 juta. Dengan sentimen matawang US Dollar yang elmah berikutan keputusan Fed mengekalkan interest rate juga menguatkan kembali harga minyak mentah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat