Komoditi Hitam Susut Ke Paras Terendah Minggu Lalu

40

Harga minyak mentah dunia susut dalam sesi dagangan Selasa dengan kebimbangan terhadap kenaikan pengeluaran bekalan dari US.

Harga komoditi ini bergerak tinggi dalam sesi New York pada Isnin dengan kecairan pasaran yang sedikit di mana WTI naik sehingga menghampiri $53.20 setong. Walaubagaimanapun, harga gagal mengekalkan keuntungan tersebut dan kembali didagang di sekitar $53.00 dan terus jatuh ke paras $52.60 setong.

Tren pengeluaran dari US masih lagi menjadi perhatian dalam pasaran ini yang telah banyak kali memberi tekanan kepada harga minyak mentah global.

Komoditi ini juga mendapat sokongan selepas data terbaru dari China yang memberangsangkan di mana pertumbuhan ekonomi (GDP) merekodkan kenaikan 6.9%. China merupakan pengguna minyak mentah terbesar dunia dan permintaan tinggi dari negara ini sudah tentu akan menyokong harga komoditi hitam.

Dalam komen yang dibuat oleh Menteri Minyak UAE pada Selasa, beliau mengatakan pengesahan dalam kalangan OPEC semakin meningkat di mana UAE 100% menyokong pemotongan bekalan selepas Jun. Beliau menjangkakan inventori juga akan susut, tetapi ia akan mengambil masa untuk mengimbangi pasaran ini.

OPEC bersetuju untuk memotong bekalan minyak pada November tahun lepas iaitu sebanyak 1.2 juta tong sehari dalam tempoh Januari sehingga Jun. Manakala Rusia dan negara bukan OPEC yang lain memotong sebanyak 600,000 tong sehari yang membawa kepada jumlah 1.8 juta tong.

Ahli-ahli OPEC dan bukan-OPEC akan bertemu sekali lagi pada penghujung April untuk membincangkan pelanjutan perjanjian yang telah dibuat sebelum ini. Manakala keputusan akhir akan dibuat pada 25 May sama ada mahu melanjutkan pemotongan bekalan itu atau tidak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat