Komoditi – Pelabur Resah Prestasi Semasa Emas & Minyak Mentah

535

Pasaran minyak mentah global suram menuju penghujung minggu dengan kekurangan data ekonomi utama selain faktor yang mengukuhkan mata wang US dolar dilihat akan menjejaskan permintaan minyak yang akan menjadi semakin mahal.

Harga minyak mentah semakin susut dengan minyak Brent jatuh ke sekitar $82 setong manakala minyak WTI rendah ke paras $78.30 setong pada sesi Asia pagi ini.

Kejatuhan harga minyak mentah juga turut memberi kesan penyusutan terhadap mata wang dolar Kanada berikutan minyak mentah merupakan eksport utama negara itu.

Meneliti data daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) Amerika Syarikat (AS), bekalan minyak mentah AS jatuh 4.6 juta tong minggu lepas, manakala inventori gasolin melonjak.

Dari sudut pengeluar, minyak Rusia di pelabuhan barat pada April dijangka akan melonjak ke paras paling tinggi sejak 2019, di atas paras 2.4 juta tong sehari walaupun Moscow bertekad untuk mengurangkan pengeluaran minyak mereka.

Sementara itu, dagangan emas pula semakin suram apabila harga dilihat susut lebih menjauh dari paras $2,000 yang gagal dipertahankan sebelum ini.

Dengan pengukuhan yang dipaparkan oleh US dolar semalam memberi kesan kejatuhan ketara nilai logam kuning itu hingga ke paras sekitar $1,970 sebelum melantun semula.

Jika situasi berterusan, harga emas boleh susut lebih rendah menuju semula ke paras harga tumpuan sebelum ini sekitar $1,900.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat