Konflik Rafah Makin Serius, Israel Lakukan Serangan Ke Atas Anggota Mesir

370

Seorang anggota keselamatan Mesir terbunuh dalam insiden tembak-menembak berhampiran sempadan Rafah di antara Mesir dan Semenanjung Gaza pada Isnin.

Buat masa ini, kedua-dua tentera negara tersebut sedang menjalankan siasatan laporan mengenai serangan tembakan yang mengorbankan beberapa nyawa.

Sebelum ini, pihak Israel telah merampas hak kawalan sempadan Rafah yang melintas Gaza sejak awal bulan Mei bagi meningkatkan serangan ketenteraannya di kawasan itu. Tindakan melulu itu telah mengundang kritikan kuat dari Mesir.

Selepas negara zionis itu melakukan sekatan bantuan ke atas penduduk Rafah, Mesir bimbang rakyat Palestin akan dipaksa untuk dipindahkan dari kawasan sempadan. Mereka berulang kali menuduh Israel telah menahan penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah itu.

Mesir dan Israel menandatangani perjanjian damai pada 1979 dan telah bekerjasama rapat dalam isu keselamatan di sempatan antara Israel, Semenanjung Sinai Mesir dan Gaza. Mereka bersama-sama menegakkan sekatan ke atas Gaza selepas Hamas menguasai wilayah itu pada 2007.

Insiden dan konflik keselamatan antara kedua-dua negara itu jarang berlaku.

Namun, sejak konflik perang yang bermula Oktober 2023. Israel berkata salah satu kereta kebalnya secara tidak sengaja melanggar kedudukan kawasan Mesir berhampiran sempadan Gaza dan beberapa pengawal mereka mengalami cedera ringan.

Baru-baru ini, tiga askar Israel dan seorang pegawai keselamatan Mesir terbunuh dalam pertempuran di sempadan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat