Konflik Rusia-Ukraine Bawa Tuah Atau Malapetaka Pada Pasaran Kripto?

3,747

Larry Fink yang merupakan Ketua Pegawai Eksektuif bagi syarikat BlackRock pada hari ini telah berkongsi padangan beliau mengenai konflik Rusia-Ukraine ke atas pasaran kripto. Menurut CEO yang mengurus aset bernilai $10 trilion menyatakan bahawa topik impak konflik Rusia-Ukraine terhadap pasaran kripto addalah kurang dibincangkan walaupun ia telah berlaku sebulan yang lalu.

Kata beliau peperangan yang berlaku akan mendorong negara-negara untuk menilai semula kebergantungan mata wang mereka. Malah sebelum tercetusnya beberapa kerajaan sedang mencari jalan untuk menimbangkan persediaan alternatif dengan cubaan untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam mata wang kripto dan mentakrifkan rangka kerja kawal selia untuk pasaran kripto.

Fink memberi contoh Rizab Persekutuan A.S yang menerbitkan kajian yang mengkaji kebaikan dan keburukan mata wang digital bank pusat A.S.

“Sistem pembayaran digital global, direka dengan teliti, boleh meningkatkan penyelesaian transaksi antarabangsa sambil mengurangkan risiko pengubahan wang haram dan rasuah,” tambah Fink. “Mata wang digital atau CBDC dilihat juga boleh membantu mengurangkan kos transaksi rentas sempadan, terutama apabila pekerja luar mengirim gaji kepada keluarga mereka.”

Selepas perang tercetus, A.S. dan beberapa negara lain mengenakan sekatan ke atas Rusia sehingga mendorong banyak pihak menjadikan kripto sebagai pilihan yang dipertimbangkan. Urus niaga kripto di bursa pertukaran yang melibatkan ruble Rusia dan Hryvnia Ukraine menunjukkan lonjakan ke paras tertinggi dalam beberapa bulan.

Data BlackRock juga menunjukkan bahawa terdapat minat yang semakin meningkat dalam mata wang kripto. Ketua Pegawai Eksekutif BlackRock sebelum ini telah bercakap dengan optimis tentang masa depan “mata wang kripto”. Beliau akhir sekali berpendapat bahawa masih banyak peluang yang boleh dimanfaatkan dari teknologi blockchain dan kripto.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat