Kongres Akhirnya Capai Kesepakatan! – Penutupan Beberapa Sektor Kerajaan Dapat Dielakkan!

424

Naib Presiden Republikan, Mike Pence pada hari Jumaat telah mengeluarkan kenyataan yang menaikkan kembali harapan pasaran. Dalam kenyataan terkini, beliau memberitahu bahawa pentadbiran Trump telah mencapai kesepakatan dengan penggubal undang-undang di Capitol Hill . Dengan kesepakatan ini kerajaan A.S akan mendapat pembiayaan sehingga akhir bulan ini, dengan mengambil kira ancaman penutupan beberapa pentadbiran dalam jangka pendek.

Perjanjian yang dicapai pada minggu ini adalah bagi mendapatkan pembiayaan berterusan untuk pentadbiran kerajaan kerana rangsangan fiskal akan habis pada akhir bulan ini dan dengan ini tumpuan selepas itu hanya ada pada bantuan Covid-19.

Kongres kini hanya tinggal beberapa hari menjelang tarikh akhir iaitu pada 30 September untuk membiyai pentadbiran kerajaan atau jika tidak banyak operasi pentadbiran kerajaan terpaksa ditutup.

Sebelum ini telah ada perbincangan mengenai pengabungan pendanaan dengan dana untuk pandemik, namun pernyataan Pence menunjukkan bahawa kedua-dua isu itu akan ditangani secara terpisah.

Menurut jurucakap Pelosi, Drew Hammill pada hari Khamis, House Democrats bersetuju untuk mendukung resolusi berkelanjutan yang bersih iaitu bertepatan dengan undang-undang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat