Korea Selatan Balas ‘Perang Belon’ Pyongyang, Guna Lagu K-Pop Sebagai Propaganda!

154

Kerajaan Korea Selatan dalam kenyataannya berkata mereka akan menyambung semula penyiaran propaganda ke atas Korea Utara buat kali pertama dalam tempoh enam tahun sebagai tindak balas terhadap kempen menghantar belon yang dipenuhi sampah merentasi sempadan baru-baru ini.

Lebih 300 belon dikesan Pyongyang pada Sabtu dan Ahad dengan 80 daripadanya membawa kertas sekerap dan kepingan plastik.

Pihak kerajaan Korea Utara belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan belon sampah itu tetapi mereka menganggap propaganda pembesar suara di sempadan merupakan ancaman perang buat kedua-dua negara.

Sebagai balasan, Korea Utara menghantar kira-kira 200 belon yang dipenuhi sampah sebagai respon terhadap risalah propaganda yang dihantar dari selatan.

Pegawai tentera Korea Selatan berkata tiada lagi belon udara selepas itu dan tiada bahan berbahaya ditemui. Mereka memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyentuh belon dan berhati-hati terhadap objek yang jatuh.

Penduduk awam harus melaporkan sebarang penampakan kepada polis dan unit tentera terdekat.

Susulan daripada hantaran belon itu, Majlis Keselamatan Negara Korea Selatan berkata siaran pembesar suara di sempadan akan disambung semula pada hari Ahad sama seperti pertama kali sejak 2018.

Tentera Korea Selatan mendakwa siaran pembesar suara itu boleh didengari sejauh 10 KM (6.2 batu) merentasi sempadan pada waktu siang dan 24 KM (15 batu) pada waktu malam.

Sekumpulan aktivis selatan berkata mereka telah menerbangkan belon ke Korea Utara dengan menghantar risalah mengkritik pimpinan Kim Jong Un, wang dolar dan USB muzik video K-Pop yang sebelum ini diharamkan oleh Pyongyang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat