Korea Selatan Dan China Bergabung, Siapa Nak Jadi Geng Korea Utara?

255

Menteri luar Korea Selatan dan China akan menjalinkan kerjasama untuk memajukan hubungan dua hala dan menangani masalah serantau dan global termasuk rundingan nuklear terhenti yang melibatkan Korea Utara dan wabak Covid-19.

Kang Kyung-wha dari Korea Selatan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi yang tiba di Seoul lewat semalam.

Menurut Wang, lawatannya adalah untuk menfokuskan kepada hubungan dua hala ketika kedua-dua negara bekerjasama sebagai rakan strategik dalam mempertahankan keamanan dan kestabilan serantau dan mempromosikan pemerintahan global. Tambahan daripada itu, hubungan antara 2 buah negara tersebut adalah untuk membincangkan tentang langkah-langkah berkaitan dengan penularan wabak pandemik Covid-19.

Sehubungan dengan itu, Kang telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada Wang serta menyatakan harapan agar kedua-dua buah negara dapat bertukar pendapat bagi mengukuhkan kerjasama dalam isu-isu termasuk Korea Utara, Covid-19 dan pemulihan ekonomi menjelang ulang tahun ke-30 hubungan dua hala pada tahun 2022.

Selain itu, presiden China, Xi JinPing dikhabarkan bakal berkunjung ke Korea Selatan.  Namun begitu, ianya terpaksa ditangguhkan gara-gara penularan wabak pandemik Coronavirus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat