Korea Selatan Umum Pakej Rangsangan 11.7 Trilion Won Tangani Coronavirus!

238

Berikutan dengan wabak Coronavirus yang semakin membimbangkan, Korea Selatan telah mengumumkan pakej rangsangan sebanyak 11.7 trilion won ($9.8 bilion) pada hari ini sebagai salah satu langkah untuk membendung penyakit tersebut bahkan ianya menggangu sektor ekonomi negara berkenaan.

Menurut Menteri Kewangan, Hong Nam-ki berkata belanjawan tambahan itu adalah berdasarkan kelulusan parlimen dan akan disalurkan kepada sistem kesihatan, penjagaan kanak-kanak dan pasaran luar. Tambahan daripada itu, beliau menjelaskan bahawa ekonomi Korea Selatan sedang berhadapan dengan masalah.

Oleh yang demikian, mereka akan sedaya-upaya meminimumkan kadar kejatuhan ekonomi terutamanya bagi sektor yang mudah terjejas seperti perniagaan kecil hingga sederhana dan individu yang bekerja sendiri.

Untuk pengetahuan semua, Korea Selatan merupakan salah sebuah negara yang mencatatkan kes COVID-19 paling tinggi di luar China. Oleh itu, Gabenor Bank Korea, Lee Ju-yeol telah memberi amaran pada minggu lalu bahawa ekonomi keempat di Asia akan terjejas pada suku pertama.

Selain itu, pertumbuhan ekonomi di negara berkenaan dikatakan menurun sebanyak 2.0% iaitu paling teruk sejak krisis kewangan global.

Berdasarkan pakej yang diumumkan, sebanyak 3.2 trilion won akan digunakan untuk defisit pendapatan manakala 8.5 trilion won akan menjadi suntikan fiskal tambahan. Selain itu, tambahan sebanyak 10.3 trilion won dalam bon perbendaharaan akan dikeluarkan pada tahun ini bagi membiayai bajet tambahan.

Di samping itu, sebanyak 2.3 trilion won akan diperuntukkan kepada institusi perubatan dan membiayai usaha kuarantin. Tambahan daripada itu, baki 3.0 trilion akan diagihkan kepada perniagaan kecil dan sederhana untuk membantu mereka membayar gaji para pekerja dan subsidi penjagaan kanak-kanak.

Bukan itu sahaja! Pinjaman akan disediakan bagi para pengeksport yang terjejas manakala individu yang kehilangan pekerjaan akan dilatih semula. Seterusnya, pihak kerajaan akan membentangkan bajet tambahan itu kepada Dewan Negara pada hari esok.

Hakikatnya, belanjawan tambahan tersebut adalah lebih besar berbanding 11.6 trilion won yang diperkenalkan semasa wabak Middle East Respiratory Syndrome pada tahun 2015.

Sementara itu, hutang kerajaan akan meningkat kepada 41.2% daripada KDNK atau sebanyak 815.5 trilion won selepas bajet tambahan itu dibentangkan berbanding 39.8% daripada KDNK yang dijangkakan pada peringkat awal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat