Korea Utara Bakal Berdepan Masalah Kebuluran?

809

Berikutan dengan penularan wabak COVID-19 dan penutupan sempadan negara, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mendedahkan bahawa Korea Utara kini berhadapan dengan krisis kekurangan bekalan makanan serta kekurangan zat. Oleh yang demikian, Pelapor Khas PBB mengenai Hak Asasi Manusia di Korea Utara, Tomas Ojea Quintana, telah menggesa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mempertimbangkan semula sekatan ekonomi terhadap negara itu kerana melaksanakan program nuklear.

Menurut Tomas Ojea Quintana, jika masalah tersebut berlanjutan, Korea Utara bakal berdepan dengan masalah kebuluran persis seperti 1990-an. Tambahan daripada itu, ianya juga telah mengorbankan kira-kira tiga juta rakyatnya.

Selain itu, wabak pandemik yang berlaku ini juga telah mempengaruhi ekonomi negara berkenaan apabila aktiviti perdagangannya dengan China telah terjejas. Sehubungan dengan itu, Korea Utara didakwa telah kehilangan pendapatan.

Lebih memburukkan keadaan, negara berkenaan telah mencatatkan peningkatan jumlah gelandangan serta kenaikan harga ubat-ubatan. Bukan itu sahaja! Kebanyakan keluarga dikhabarkan hanya makan sebanyak 2 kali sehari. Di samping itu, terdapat juga individu yang hanya memakan jagung atau terpaksa berlapar.

Susulan daripada krisis tersebut, Korea Utara digesa agar membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar tanpa sekatan. Hal ini demikian kerana semua operasi kemanusiaan dihentikan di negara berkenaan hingga mengakibatkan stok vaksin dan bantuan lain tersekat di pintu sempadan negara.

Tambahan daripada itu, Korea Utara didakwa sedang menghadapi masalah kemanusiaan yang semakin parah. Terdapat lebih 10 juta individu atau 40% penduduk negara itu memerlukan bantuan. Lebih parah apabila kekurangan zat makin memburuk hingga menjejaskan kesihatan dan membantutkan pertumbuhan kanak-kanak, terutama yang berusia bawah 5 tahun, serta memberikan impak kepada para ibu mengandung dan menyusukan anak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat