Korea Utara Kena ‘Serang’ Oleh Lebih 40 Buah Negara!

1,553

Lebih dari 40 negara menuduh Korea Utara telah melanggar sekatan PBB mengenai import petroleum yang telah ditapis dan meminta untuk perbuatan tersebut diberhentikan dalam kadar segera.

15 anggota Majlis Keselamatan PBB mengenakan had tahunan 500,000 tong pada bulan Disember 2017 dalam usaha menyekat bahan bakar untuk program senjata nuklear dan peluru berpandu balistik Korea Utara.

Menurut sebuah aduan yang dikemukakan oleh 43 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Perancis kepada jawatankuasa sekatan Majlis Keselamatan PBB Korea Utara, mereka menganggarkan bahawa dalam tempoh 5 bulan pertama tahun ini Pyongyang telah mengimport lebih dari 1.6 juta tong petroleum yang telah ditapis melalui 56 penghantaran kapal tangki haram.

Selain itu, aduan tersebut turut mendedahkan bahawa Korea Utara terus melakukan pemindahan minyak dari kapal ke kapal di laut secara berkala sebagai cara untuk mengimport petroleum tersebut.

Oleh yang demikian, negara-negara berkenaan menggesa agar Majlis Keselamatan menjalankan penyiasatan terhadap Korea Utara serta mengambil tindakan yang tegas jika perlu termasuk menghentikan penjualan, pembekalan, atau pemindahan produk petroleum ke negara itu.

Hakikatnya, perbuatan haram Korea Utara ini sudah lama disuarakan kepada majlis tersebut pada tahun 2018 dan 2019. Namun begitu, Korea Utara telah mendapat sokongan daripada sekutunya iaitu Amerika Syarikat, Rusia dan China. Kini, AS menjadi salah sebuah negara yang mengemukakan aduan terhadap perbuatan rakan baiknya itu.

Untuk pengetahuan semua, Korea Utara telah dikenakan sekatan PBB sejak tahun 2006 kerana program peluru berpandu nuklear dan balistiknya. Walaupun Majlis Keselamatan terus memperketat sekatan, pengawas PBB melaporkan bahawa Korea Utara masih meneruskan program tersebut.

Selain itu, pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah bertemu sebanyak 3 kali sejak 2018, tetapi gagal mencapai kata sepakat bahkan menolak permintaan AS agar Pyongyang menyerahkan senjata nuklearnya serta Korea Utara akan bebas daripada sebarang sekatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat