Kos Transaksi Polygon ‘Terciduk’ Gara-Gara Permainan NFT Ini

723

Musim non-fungible token (NFT) masih lagi membara, seiring dengan pertumbuhan metaverse.

Jika rangkaian Ethereum kerap ditampar dengan harga gas yang mahal, kali ini Polygon pula terpaksa menerima kritikan yang sama.

Difahamkan kos gas di rangkaian Polygon meningkat mendadak selepas pelancaran permainan NFT terbaru, Sunflower Farmers.

Rekod DappRadar mendedahkan seramai 434,000 pengguna aktif sejak seminggu yang lalu, meningkat 3,704% berbanding rekod terdahulu. Malah, jumlah tersebut mengatasi rekod pengguna aktif di bursa desentralisasi (DEX), QuickSwap yang cuma mencatatkan seramai 241,000 pengguna.

Polygon dibangunkan dengan skala yang lebih maju berbanding Ethereum dan mahu menyelesaikan masalah pengesahan transaksi, tetapi disebabkan permainan ini harga gas telah meningkat sehingga hampir 764 Gwei pada 5 Januari.

Sedangkan kos gas di rangkaian ini rata-rata cuma bernilai 72-115 Gwei pada akhir Disember.

Lebih parah, lambakan aduan mula memenuhi ruang platform media sosial: Reddit dan Discord Polygon kerana insiden kegagalan transaksi.

Pembangun permainan Horizon Games, Philippe Castonguay dedahkan sebanyak 11% pengesah di rangkaian itu gagal untuk selesaikan blok kerana permintaan yang terlalu tinggi.

Untuk pengetahuan, Sunflower Farmers merupakan permainan sumber terbuka berkonsepkan play-to-earn (P2E) yang menawarkan ganjaran dalam kripto kepada pemainnya.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat