Kripto & Bank Perlu Putus Hubungan! – Pengasas Cardano

391

“Hmmm nak buat macam mana kalau macam ni je cara terbaik.”

Pengasas Cardano (ADA) Charles Hoskinson memberi pandangannya terhadap pasaran kripto selepas tiga daripada syarikat kewangan terkemuka di Amerika Syarikat (AS) iaitu Silvergate Capital, Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank ditutup oleh pengawal selia.

Hoskinson berkata bahawa kripto harus menjauhkan diri daripada perbankan tradisional susulan ia penuh dengan syarikat tidak stabil dan tidak menentu yang telah menjadi punca banyak firma kripto baru-baru ini mengalami kerugian teruk.

Susulan keruntuhan ketiga-tiga bank mesra kripto tersebut telah menggegarkan sistem kewangan AS, beliau meramalkan bank akan dihapuskan apabila perbendaharaan digitalkan.

Namun, Presiden AS Joe Biden mengumumkan pada awal minggu ini bahawa rakyat perlulah mempunyai keyakinan tinggi terhadap rangkaian perbankan domestik sambil menyifatkannya sebagai selamat.

Beliau juga menyentuh tentang kejatuhan SVB dengan memberi jaminan tiada sebarang kerugian akan ditanggung oleh pembayar cukai.

Pun begitu, individu yang melabur dalam bank tersebut akan kehilangan dana mereka ekoran begitulah kaedah kapitalisme berfungsi.

Selain itu, stablecoin kedua terbesar USDC yang mempunyai $3.3 bilion tersekat di SVB telah menyebabkan harganya menjunam serendah $0.87 tetapi tidak lama kemudian pulih semula pada nilai $1.

Sementara syarikat exchanger kripto Coinbase dilaporkan memegang $240 juta dalam Signature Bank manakala Paxos pula $250 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat