Kripto COTI Tiada Masa Untuk Cuti Dalam Buat Kenaikan!

1,197

Diakui, beberapa hari terakhir bukanlah masa yang paling menyenangkan bagi peniaga kripto kerana nilaian harga Bitcoin dilihat berisiko jatuh ke paras rintangan $40,000.

Di sebalik penurunan yang mendadak ini, segelintir kripto nampaknya jauh lebih baik daripada pasaran lain dengan mencatat kenaikan mingguan dalam pasangan matawang BTC dan dolar AS.

COTI, antara kripto yang telah mempamerkan reputasi yang besar sejak kebelakangan ini kerana mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru $0.61.

Dengan pencapaian tersebut, COTI berjaya menghasilkan 160% lonjakan pada sesi dagangan bulan September setakat ini dengan memiliki permodalan pasaran lebih $455 juta.

Pada asasnya, COTI telah berkerjasama dengan Ardana dimana membawa pembayaran stablecoin kripto kepada fiat untuk komuniti Cardano, serta pengguna dan pedagang di seluruh dunia.

Ardana merupakan hab stablecoin kepada Cardano yang akan membawa primitif DeFi yang diperlukan untuk bootstrap dan mengekalkan ekonomi ke Cardano.

Mari kita lihat pada carta pergerakan semasa harga COTI/USDT.

Dapat diperhatikan COTI melonjak secara drastik hasilkan 113% lonjakan hanya dalam tempoh 2 hari.

Dari sudut teknikal, COTI masih dalam keadaan bullish dan sedang berlegar-legar di atas paras rintangan $0.50.

Sekiranya COTI kekal dengan keadaan bullish, zon resistance $0.60 bakal menjadi tumpuan utama untuk diuji sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi dan membuat ATH terbaru.

Manakala, sekiranya COTI menunjukkan trend bearish, zon RBS (resistance become support) $0.48 perlu diuji terlebih dahulu sebelum membuat penurunan ke paras yang lebih rendah.

Sewaktu penulisan, COTI diperdagangkan pada paras harga $0.53 melonjak hampir 40% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada pada carta ke-127 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto COTI/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat