Kripto Tembusi Angkasa Lepas

382

Semalam SpaceChain telah mengumumkan kejayaan penggunaan peranti blockchain pertama di International Space Station (ISS).

SpaceChain adalah sebuah platform komuniti gabungan ruang angkasa bersama teknologi blockchain yang membina rangkaian satelit blockchain terbuka pertama di dunia. Menerusi platform ini, pengguna dapat menjalankan dan mengembangkan aplikasi di ruang angkasa.

Peranti blockchain yang diusahakan itu merupakan hasil kolaborasi bersama European Space Agency, yang juga penyokong dan penyumbang dana utama terhadap projek tersebut.

Dikatakan transaksi pertama telah dijalankan oleh pengasas bersama dan CTO SpaceChain, Jeff Garzik.

Beliau berpendapat kejayaan ini menandakan satu kemajuan SpaceChain dalam mencapai objektif utama mereka iaitu membina rangkaian satelit blockchain terbuka yang selamat.

Transaksi yang berjaya memerlukan kiriman data berbentuk kod (encrypted data) dari Bumi kepada ISS, yang mana terletaknya peranti dompet iaitu kunci kepada pengesahan transaksi kripto.

Untuk pengetahuan, teknologi peranti dompet yang dicipta telah dihantar ke ISS oleh SpaceChain menggunakan roket SpaceX Falcon 9 pada hujung 2019.

Adakah kejayaan ini bermakna tidak lama lagi pelabur dapat membuat pelaburan ke angkasa lepas?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat