Krisis Bank AS: Siap Sedia Untuk Lebih Banyak ‘Kesengsaraan’ – Moody’s

620

Rentetan krisis Silicon Valley Bank (SVB) yang dilihat sudah beransur reda, pelabur mula menarik nafas lega dan duduk selesa.

Namun, amaran daripada agensi penarafan antarabangsa, Moody’s buatkan pelabur kembali tak senang duduk kerana bank-bank di Amerika Syarikat dijangka akan berdepan lebih banyak tekanan susulan krisis ini.

Antara yang berdepan risiko paling besar adalah bank-bank yang mempunyai simpanan besar deposit tidak diinsuranskan dan bon perbendaharaan jangka panjang yang telah susut nilainya.

Dalam tinjauan terbarunya, Moody’s menurunkan penarafan buat sektor perbankan AS kepada ‘negatif’ daripada ‘stabil’, dengan peringatan akan berlaku kemerosotan pantas dalam persekitaran operasi.

Tambahnya lagi, tekanan tersebut diramalkan akan berterusan dan semakin buruk sekiranya Federal Reserve (Fed) terus menaikkan kadar faedah untuk memerangi inflasi.

Penurunan taraf itu berlaku apabila saham perbankan di AS dan Eropah pulih semula daripada kejatuhan mendadak terdahulu.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat