Krisis Bank Makin Tenat, EUR/USD Junam 240 Pips Dalam Satu Hari!

381

Krisis perbankan global semakin membimbangkan apabila kesan keruntuhan bank-bank gergasi di Amerika Syarikat (AS) sebelum ini telah merebak ke Eropah.

Kesinambungan keruntuhan Silicon Valley Bank (SVB) baru-baru ini, gempar pula semalam berkenaan situasi kritikal bank pelaburan gergasi di Switzerland iaitu Credit Suisse.

Panik yang tercetus itu telah membuatkan mata wang Swiss franc merosot, mengheret mata wang Eropah yang lain termasuk Euro dan Pound turut menjunam.

Sementara, sentimen risk-off pasaran itu telah kembali melonjakkan nilai mata wang US dolar ekoran permintaan terhadap safe-haven mula meningkat, begitu juga terhadap Yen Jepun.

Justeru, kejutan telah berlaku pada carta pasangan mata wang EUR/USD yang secara tiba-tiba berubah arah dan memaparkan pergerakan drastik.

Sedikit luar biasa, terjunan harian berlaku sehingga 240 pips dari paras 1.07600 hingga mencecah sekitar 1.05200.

Jadi, timbul pula persoalan adakah keputusan mesyuarat bank pusat European Central Bank (ECB) hari ini berjaya untuk mengukuhkan semula mata wang Euro?

Jika diperhatikan, harga sedikit melantun pada penutup sesi New York dan menyambung dagangan sesi Asia pagi ini perlahan di sekitar 1.06000.

Namun, dengan corak yang telah dipaparkan, harga dilihat bakal menyambung penurunan semula menuju zon support pada 1.05000.

Seterusnya, penurunan boleh dilanjutkan ke paras 1.04000 dan catatkan paras terendah terbaru 15 minggu.

Namun, jika suasana mula reda semula dan harga dilihat meneruskan kenaikan, halangan pada 1.07000 dan paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD itu perlu ditembusi untuk memberi isyarat bullish kembali.

Seterusnya, barulah harga dijangka akan menyambung semula corak kenaikan sebelum ini untuk menuju sasaran 1.08000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat