Krisis Bank Yang Berlaku Buat Ramai Buka Mata Bitcoin Adalah Safe-Haven! – CEO Ledger

653

“Korang setuju ke tak dengan kenyataan Gauthier ni?”

Pascal Gauthier, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengerusi pembekal wallet hardware, Ledger menyatakan bahawa peristiwa kejatuhan bank-bank utama sejak kebelakangan ini telah membuktikan betapa pentingnya Bitcoin (BTC).

Semasa temu bual di Blockchain Week Paris, Gauthier berkata kejadian krisis perbankan baru-baru ini menunjukkan bagaimana BTC boleh menjadi safe-haven daripada ancaman pihak berkuasa pusat.

Tambahnya lagi, kebanyakan individu didapati berpusu-pusu beralih ke aset dgital dan Ledger sekiranya terdapat insiden seperti kejatuhan syarikat exchanger kripto Celcius, FTX termasuk bank dan tekanan daripada pasaran.

Gauthier turut percaya ramai pihak kini sudah mula menyedari realiti bank sebenarnya susulan krisis yang melanda itu.

Hal ini kerana masyarakat sebelum ini sangat mempercayai bank dapat melindungi dana rakyat ataupun dibayar balik jika ia muflis, namun sekarang pandangan tersebut mungkin bertukar sebaliknya berikutan isu perbankan yang sudah berleluasa.

Apabila ditanya sama ada jenama tradisional yang menyertai Web3 mampu menjadi ancaman kepada decetralized kripto, Gauthier dengan yakinnya menyebut bahawa perkara itu sama sekali tidak akan terjadi.

Ulas lagi daripada beliau, jenama-jenama gergasi sepatutnya mengambil pengajaran daripada kegagalan Facebook yang tidak menghormati prinsip asas kripto sambil menambah sesiapa yang cuba mengubah kripto menjadi centralized akan sentiasa gagal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat