Krisis Brexit Kembali Hangat! UK Ancam Untuk Batalkan Perjanjian Perdagangan?

332

Krisis hubungan perdagangan antara UK dan Kesatuan Eropah semakin meningkat dan bertambah buruk dengan kejadian pada hari ini setelah UK mengancam akan mengetepikan perjanjian Brexit kecuali syarat perdagangan bebas dapat disepakati pada bulan hadapan.

PM Johnson tekad untuk menamatkan rundingan sehingga pertengahan Oktober setelah menyaksikan hanya sedikit kemajuan yang dibuat dalam beberapa rundingan sebelum ini berikutan perbezaan kedua-dua pihak.Pihak UK dilaporkan sedang merancang undang-undang baru yang akan menggantikan bahagian-bahagian penting dalam Perjanjian Pengeluaran Brexit yang dimeterai pada bulan Januari.

Perkara ini berpotensi merosakkan keseuluruhan perjanjian dan menimbulkan geseran pentadbiran UK ke atas Ireland Utara, dimana peraturan khas yang telah dibuat bagi mengelakan pembenturan dengan Ireland Selatan yang boleh memudaratkan perjanjian damai.

Para diplomat EU menyatakan bahawa pihak mereka sangat terkejut dan mengatakan bahawa langkah yang diumumkan seperti itu akan mencemarkan prestij global UK dan meningkatkan lagi ketegangan.

Sementara itu, ketua perunding Brexit EU, Michel Barnier menyatakan kebimbangan beliau terhadap perubahan terbaru dalam rundingan Brexit dan menginginkan jawapan daripada ketua perunding UK, David Frost mengenai dakwaan bahawa Downing Street akan mengubah beberapa bahagian daripada perjanjian pengeluaran Brexit yang mana boleh menimbulkan perselisihan dengan Ireland Utara.

Akhir kata dari Johnson bahawa sekiranya perjanjian perdagangan bebas tidak dicapai sebelum atau pada 15 Oktober maka beliau tidak melihat perlunya perjanjian tersebut diteruskan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat