Krisis Bukan Penghalang! Bank China Bantu Syarikat Kripto Di Hong Kong!

172

“Nasib baik China ni lebih terbuka nak tolong syarikat kripto kat Hong Kong.”

Bank dari tanah besar China bertindak menghulurkan bantuan kepada syarikat mata wang kripto di Hong Kong walaupun Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini bertindak agresif terhadap aset digital.

Dilaporkan, wakil dari China kerap kali membuat lawatan ke Hong Kong pada bulan lalu sementara bank China pula didapati menghubungi syarikat kripto secara langsung sejak beberapa bulan lepas.

Sungguhpun China mengharamkan perdagangan kripto di tanah besar, ia sedaya upaya menjadikan Hong Kong sebagai hab kripto di Asia dengan menolak isu berkenaan SEC yang memaksa bank mengurangkan penawaran perkhidmatan untuk syarikat bersandarkan aset digital.

Suka dimaklumkan bahawa Bank of Communications Co, Bank of China Ltd dan Bank Shanghai Pudong Development sudah mula mengorak langkah menawarkan perkhidmatan perbankan kepada syarikat kripto tempatan.

Sementara pemain dalam pasaran kripto mengalu-alukan perkembangan tersebut susulan mereka telah menghadapi cabaran liquidity di tengah-tengah perkembangan AS, ulas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Beoble, Sung Min Cho.

Bank maya ZA berpangkalan di Hong Kong dilaporkan merancang memberi perkhidmatan kepada syarikat kripto yang melepasi keperluan peraturan dan dalaman, menurut CEO bank itu, Devon Sin sambil menambah mereka akan buka program perintis untuk pembukaan akaun perniagaan ekspres.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat