Krisis Di Rantau Arab, Sedikit Menyebabkan Ketidakstabilan Harga Minyak

58

Harga minyak sedikit menjunam sejak awal pagi ini berikutan ketidaktentuan geopolitik yang melanda timur tengah. Kerisauan ini adalah akibat krisis antara Qatar dan juga Negara-negara Arab yang menganggotai OPEC.

Peningkatan yang berterusan dari pengeluaran Amerika Syarikat juga telah menjadi satu faktor penyumbang kepada ketidaktentuan harga minyak mentah tersebut.

Walaupun kecenderungan OPEC memotong pengeluaran minyak sehingga suku pertama 2018 melegakan pasaran, tetapi krisis geopolitik timur tengah kali ini sudah tentu memberikan sedikit kebimbangan dalam pasaran.

US West Texas Intermediate (WTI) Crude menjunam hampir 26 sen dan Brent dilihat menjunam hampir 31 sen sejak awal pagi tadi.

Kuasa terbesar rantau Arab, iaitu Arab Saudi dilihat menghentikan hubungan diplomatik dengan Qatar pada Isnin, mengatakan bahawa negara tersebut cenderung menyokong keganasan dan Iran.

Antara tindakan yang diambil adalah memotong hubungan pengangkutan dan juga mengawal kapal-kapal dari masuk ke semenanjung Arab. Ini mengakibatkan juga pelabuhan Fujairah di UAE yang digunakan oleh Qatari oil bagi Gas Asli terjejas.

Sementara itu Emas dilihat terus meningkat sejak data NFP dikeluarkan pada Jumaat lepas. Kecenderungan krisis politik arab ini juga antara penyumbang kenaikan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat