Krisis Di Ukraine Terus Dirasai, Niaga Hadapan Saham Dan Euro Susut

246

Niaga hadapan ekuiti Amerika Syarikat (AS) dan Euro susut sementara safe-haven dolar serta Yen terus mendapat permintaan ekoran sekatan baru yang dikenakan oleh kuasa Barat terhadap Rusia yang bertindak menyerang Ukraine.

Sekatan tersebut menyaksikan beberapa bank di bawah The Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication (SWIFT), yang menawarkan sistem pembayaran atas talian turut disekat.

Niaga hadapan perbendaharaan 10 tahun AS naik 1 mata penuh sementara Ruble Rusia jatuh 25% pada sekitar 112 per dolar.

Kejatuhan Ruble berlaku selepas Presiden Vladimir Putin meletakkan pasukan bersenjata nuklear dalam keadaan bersiap sedia, 4 hari selepas ia menyerang Ukraine.

Sementara itu, pasaran saham Asia-Pasifik didagangkan tinggi semasa sesi dengan penanda aras Australia naik 0.39% dan New Zealand tambah 0.74%.

Penganalisis pasaran dari ID Australia, Kyle Rodda berkata keuntungan di Wall Street mengalami efek domino apabila S&P 500 ditutup tinggi ada 2.51% dan niaga hadapan saham emini AS jatuh 2.32% pada permulaan.

Tambahnya lagi, dia berpendapat bahawa pasaran berada dalam keadaan sensitif ekoran terdapat risiko kestabilan kewangan dan ancaman perang nuklear dari Rusia.

Euro susut 0.9% pada $1.1165 dan 0.85 pada 129.15 Yen sementara Australia dan New Zealand dolar tenggelam 0.76% dan 0.85%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat