Krisis Makanan Global Angkara Rusia?

329

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menafikan dakwaan bahawa Moscow telah mengakibatkan krisis makanan global.

Ketika berucap kepada duta Liga Arab di Kaherah, Lavrov mengatakan negara-negara Barat memutarbelitkan kebenaran tentang kesan sekatan terhadap keselamatan makanan global.

Beliau turut menuduh negara Barat cuba menggunakan penguasaan mereka ke atas orang lain.

Tambah beliau lagi, keagresifan negara Barat dalam mengenakan sekatan ke atas Rusia menunjukkan bahawa ia bukan mengenai Ukraine, tetapi mengenai masa depan perintah dunia.

“Semua orang mesti menyokong perintah dunia berasaskan peraturan dan ia ditulis bergantung pada situasi tertentu yang ingin diselesaikan Barat dengan memihak kepada mereka sendiri,” ujar Lavrov.

Sebahagian besar dunia Arab dan Afrika terjejas teruk berikutan kekurangan bijirin yang disebabkan oleh perang Rusia di Ukraine.

Dalam perkembangan terbaharu, Rusia dilaporkan telah menyerang sasaran di pelabuhan Odesa pada hari Sabtu.

Walaupun begitu, perjanjian penting yang ditandatangani pada hari Jumaat untuk menyambung semula eksport bijirin Ukraine masih dikekalkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat