Krisis Perdagangan UK-AS : Boris Johnson Gesa Donald Trump Hapuskan Tarif!

347

Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson telah menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk tidak mengenakan tarif ke atas barangannya termasuk wiski Scotch berikutan kebimbangan terhadap cukai AS akan memberi kesan kepada jualan malt tunggal yang bernilai 1 bilion pound.

Kedua-dua pemimpin itu mengadakan perbincangan mengenai masa depan dasar perdagangan AS melalui satu panggilan telefon pada hari Selasa.

Jurucakap di Downing Street memberitahu Boris Johnson memberi amaran kepada Donald Trump terhadap risiko tarif ke atas barangannya termasuk wiski dan eksport kereta semasa perbincangan mereka berlangsung.

Sementara itu, White House pula tidak memberikan kenyataan yang lebih jelas mengenai perbincangan terhadap isu perdagangan antara Johnson dan Trump.

Menurut White House, kedua-dua pemimpin itu sekali lagi telah mengesahkan komitmen mereka untuk mengukuhkan ‘Hubungan Khas’ melalui perjanjian perdagangan bebas sebaik sahaja UK meninggalkan EU.

Selain itu, melalui perbincangan tersebut Trump juga menekankan keperluan terhadap sekutu NATO untuk mengukuhkan pertahanan mereka.

Bulan lalu, AS telah mengenakan 25% tarif ke atas wiski Scotch dan produk Eropah lain yang bernilai kira-kira 6.1 bilion pound sebagai membalas dendam untuk subsidi haram pesawat Kesatuan Eropah (EU).

Di samping itu, pentadbiran Trump juga telah mengancam untuk mengenakan tarif sebanyak 25% ke atas peralatan dan kenderaan daripada EU. AS dijangka akan memutuskan untuk pelaksanaannya pada 14 November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat