Kuasa Pengguna TikTok, Peminat Kpop Sabotaj Perhimpunan Trump

702

Keterujaan Presiden Donald Trump untuk menyampaikan ucapan dalam perhimpunan politik di Tulsa, Oklahoma pada Sabtu lepas bertukar kekecewaan apabila dilaporkan banyak kekosongan kerusi di ruang duduk BOK Center.

Mereka yang mendaftar kehadiran ke perhimpunan tersebut, majoriti merupakan pengguna TikTok dan peminat muzik pop Korea (K-Pop) mendakwa mereka sememangnya tidak berhasrat untuk menghadiri ke ucapan politik presiden.

Pengurus kempen Trump, Brad Parscale berkata, berdasarkan rekod pendaftaran dijangka kehadiran pada hari tersebut menjangkaui angka sejuta. Namun, sebaliknya berlaku apabila 19,000 kerusi di ruang itu kebanyakannya kosong.

Perkara ini mendorong pihak mereka untuk membatalkan majlis di ruang itu dan diteruskan dengan kehadiran sekitar 6,200 tetamu hasil usaha Balai Bomba Tulsa.

Ahli demokrat, Alexandria Ocasion-Cortez memprovok ciapan Twitter oleh Parscale yang menyalahkan pihak media kerana mempengaruhi kehadiran tetamu dan mengungkit tingkah laku penunjuk perasaan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada peminat K-Pop yang menyumbang kuasa terhadap suara keadilan.

Pada Selasa, CNN melaporkan bahawa satu video TikTok oleh Mary Jo Laupp yang menggunakan hashtag #TikTokGrandma, dengan 700,000 tanda suka telah membantu mengetuai tunjuk perasaan berkenaan.

Bermula dari situ, ramai pengguna TikTok dan peminat K-Pop mula menunjukkan minat untuk tunjuk perasaan terhadap Presiden Trump.

Mereka juga meluahkan salah satu sebab penglibatan dalam tunjuk perasaan itu adalah kerana ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran Trump dan juga isu keganasan rasis orang Amerika berkulit hitam yang mula mendapat perhatian baru-baru ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat