KuCoin Didakwa NYAG! KCS Menuju $7?

305

“Haih KuCoin pula kena dakwa, agaknya lepas ni siapa pula?’

Pejabat Peguam Negara (NYAG) New York memfailkan tuntutan mahkamah terhadap syarikat exchanger mata wang kripto, KuCoin berpangkalan di Seychelles atas kesalahan menjalankan perniagaan di New York tanpa didaftarkan sebagai peniaga broker sekuriti dan komoditi.

Tuntutan terhadap KuCoin selanjutnya mendakwa produk pinjaman dan staking syarikat tersebut yang dikenali sebagai KuCoin Earn juga menawarkan keselamatan tidak berdaftar.

Susulan itu, Peguam Negara James berhasrat untuk menghalang KuCoin daripada menjalankan perniagaan di New York dan menyekat akses ke laman web syarikat tersebut sehingga ia mematuhi undang-undang.

Umum mengetahui bahawa pelbagai syarikat exchanger kripto sejak kebelakangan ini dikenakan tindakan peraturan yang agresif, antaranya Kraken, Coinbase, CoinEx dan Binance telah disasarkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).

Hal ini kerana syarikat exchanger kripto yang secara tidak sengaja mengabaikan undang-undang dan meletakkan pelabur dalam risiko telah menjadi punca pihak berkuasa AS mengorak langkah untuk mencegahnya.

Namun, KuCoin sebelum ini pernah didakwa oleh pihak berkuasa kawal selia Korea pada 2022 susulan terlibat dalam aktiviti perniagaan haram tanpa mempunyai pendaftaran sesuai sementara Bank Pusat Belanda pula menuduh syarikat itu beroperasi tanpa lesen sah.

Disebabkan isu berikut, harga KuCoin (KCS) terjun sebanyak 4.16% pada paras $8.11 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $797 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat