Kuprum Merekod Kenaikan Harga Tertinggi Sejak Tahun 1989

211

Kuprum (copper) berada di landasan terbaiknya apabila merekod kenaikan tertinggi sejak tahun 1989 sehingga mencapai pars harga $7,300 bagi setiap metrik tan di London. Ia disokong oleh keyakinan peningkatan permintaan, gangguan bekalan di China dan kelemahan US dolar.

Harga kuprum di London Metal Exchange (LME) mencapai harga $7,312.50 yang tertinggi sejak Januari 2014 dan didagangkan di $7,263 setakat pukul 7.30 malam waktu Malaysia. Logam ini telah merekod kenaikan 10 hari berturut-turut.

“Ia disebabkan permintaan China yang menyebabkan kenaikan kuprum yang begitu tinggi,” kata Naeem Aslam, ketua penganalisis pasaran di Think Markets UK. “Kami menjangka sentimen kenaikan ini akan berterusan sehingga 2018 disebabkan permintaan global yang tinggi.”

Logam asas telah merekodkan kenaikan yang tinggi berbanding bahan mentah pada 2017 dengan kuprum, aluminium, zink dan nikel mengetuai kenaikan ini. Kenaikan ini dipacu oleh permintaan tinggi dan masalah bekalan di China selepas operasi pengeluaran terpaksa dihentikan untuk mengurangkan pencemaran.

Pada Khamis, harga-harga komoditi logam ini terus membuat kenaikan dengan kejatuhan US dolar.

“Kelemahan US dolar, pengambilan untung selepas Krismas telah menyokong kenaikan komoditi logam,” kata Xu Maili penganalisis di Everbright Futures Co.

Kenaikan harga logam juga banyak menyokong kenaikan ekuiti perlombongan. Indeks FTSE 350 melonjak ke paras tertinggi sejak pertengahan tahun 2014 di mana indeks ini dijangka merekod kenaikan bulanan tertinggi pada 2017.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat